7.18pm

hampir setahun aku tidak mengupdate blog. tiada hati mungkin? tiada juga rasa mungkin? mengapa aku terperangkap didalam situasi ini? aku selalu mempersoalkan. tetapi end up, aku tahu aku tidak layak untuk mempersoalkan. siapa aku untuk berdebat, sedangkan masa lalu ku memutuskan terus perdebatan itu. kadang kala aku give up. aku bukan seorang perempuan yang senang untuk mengungkap cinta. apatah lagi mempunyai ramai "spare part". sekali aku ungkapkan cinta, sekali aku memberi, sekali aku percaya, sekali aku setia, untuk selamanya. aku tak pandai bermain kata. air mata sahaja penamat bicara. hati aku terlalu rapuh. bermacam-macam perkara berlegar didalam fikiran. masa yang diluangkan hanya sedikit. hanya beberapa minit mungkin? atau sejam? 2 jam? namun aku bersyukur. walaupun setiap balasan hanya la sesingkat "ye". aku cuba bertahan dari terus menangis. setiap kali, "dia" call menyatakan untuk pulang. aku sehabis daya dan usaha untuk menyekang air mata menitis. tidak aku mahu "dia" risau. walau aku tak berdaya menahan rasa sekalipun, aku akan tetap cuba menyembunyikan apa yang aku rasa. jangan dipanggil ego. aku hanya mengumpul kekuatan untuk kelihatan okay bila bersamanya. maafkan aku hawa, kerana aku terlibat didalam kisah ini. tidak aku meminta. maafkan aku. aku tahu, satu hari nanti. aku akan ditinggalkan untuk kali y ketiga. cuma aku tak tahu bila masa itu akan sampai. maafkan aku hawa. kalau kau tahu mengenai hal ini. aku tahu kau akan terluka. maafkan aku. aku faham erti kesedihan, aku faham erti penipuan, aku faham erti pengkhianatan. cuma hawa, aku memohon, janganlah engkau meletakan sepenuh kesalahan di atas bahu ku. aku hanya seorang perempuan yang sama, yang sejenis dengan mu hawa. izinkan aku, walaupun untuk seketika.
     
                                                                                                                                                  -syirah-


No comments:

This Blog is Protected. Copyright 2012 © Design By Miss Syirah