7.02pm

12.00pm malam ini, genap umur 24 tahun. sekejap masa berlalu. usia makin meningkat. alhamdulillah, semalam aku dipanggil untuk melapor diri pada 21 april 2014. this is the best hadiah segala hadiah y ak dapat. dapat kerja after 3 months tanam anggur y tak ada hasil. :) orang pertama y ak bg tahu adalah "kamu". tiada balasan. aku faham. tapi sebenar-benar hadiah y aku tunggu adalah dr kamu. setakut-takut hari ialah hari sabtu dan ahad. terputus lansung hubungan. aku berharap ucapan itu pada semalam, hari jumaat. sekurang-kurangya dia adalah orang pertama. :'( aku tak layak utk meminta. aku memilih diam seribu bahasa. walaupun didalam hati, terlalu menunggu. setiap kali selepas solat, hanya Allah peneman bicara. hanya Allah yang tidak bosan dan jemu melayan rayuan ku, doa ku. air mata seringkali menitis. tidak dapat di tahan. laju mengalir dipipi. 21 april. selama dua minggu di KL. aku berharap dapat bertemu dgnnya. walaupun aku tahu, akan ada beribu alasan. aku bersedia utk itu. hari ini, lansung tiada sms drpdnya. aku tahu, dia busy bersama dgn Hawa. terdetik dihati. siapakah aku di dalam hidupnya? hanya sekadar boneka? atau patung cendana? atau hanya sekadar alat permainannya? bosan aku dicari? cuba untuk menepis segala kemungkinan. tetapi hati tetap menitiskan air mata. mungkin sekali orang akan bosan dengan jalan hidup ku. bosan dengan cerita hidup ku bagaikan sebuah kesah dongeng. berendam dengan air mata 24/7. macam badak berendam barangkali? :) aku mmg begini.. sekali terluka, payah untuk sembuh. kadang kala antibody ini terlalu lemah. terlalu banyak menangis aku akan demam. terlalu tertekan aku akan demam. dan bila nak demam tu, memang akan terus demam dalam jangka masa yang panjang.  i need a rest right now. mata sudah perit, bagaikan hendak tercabut galaknya. Allah pun sudah memanggil untuk bersama dengannya. malam nie, berbiji panadol la y bakal ditelan. :)

                                                                                                                                 -syirah-

No comments:

This Blog is Protected. Copyright 2012 © Design By Miss Syirah