1.28am

mata tak boleh lelap. terlalu banyak yang difikirkan. setiap kali ingin dilelapkan mata, fikiran akan selalu melayang kepada dia. "apa yang dia buat sekarang? ingat atau tidak dia kpd aku? bermesrakah dia?" terlalu banyak persoalan, yang kadang kala aku pun tidak tahu dari mana datangnya. fikiran mengatur drama bersiri didalam kepala. dalam tidak sedar, air mata menitis lagi. cemburu mungkin? sakit hati ini, terlalu sakit. ya. ianya lahir dari satu perasaan cemburu. sekali lagi aku mencoretkan apa yang aku rasa. harus kah aku bertahan? sedangkan hubungan ini seakan-akan tidak nyata. terguris perasaan. terlalu kecewa. bukan aku tidak redha. cuma perasaan ini terlalu susah bg aku buangnya jauh dari hati. haruskah aku menanti? sedangkan dia berbahagia disamping hawa? kadang kala aku  terlalu lelah untuk menjadi seorang perempuan yang terlalu lemah. sehingga aku terluka. sedangkan orang lain berbahagia. setiap hari. setiap hari aku berdoa. kerana Allah sahaja tempat kebergantunganku. setiap hari aku memohon keizinan, agar Allah merestui perhubungan ini. hanya Allah sahaja yang mengetahui hati dan perasaan ku. sungguh, aku bukanlah seorang perempuan yang merampas kebahagian orang lain. cuma aku sudah terlalu lelah. kalau lah kau tahu, aku terlalu lelah dengan semua ini. aku memerlukan seorang lelaki yang ikhlas ingin memperisterikan aku. itu sahaja. tetapi aku tidak sanggup untuk menjadi yang kedua. sungguh aku tidak sanggup.
This Blog is Protected. Copyright 2012 © Design By Miss Syirah