kalau

kalaulah kau tahu aku sudah malas bertikam lidah. kalau lah kau tahu aku sudah penat menahan rasa. kalau lah kau tahu, hati aku dah terbeku selamanya. kalau lah kau tahu kerana kau aku tak boleh terima seorang pun, walaupun beribu yang datang. kalau lah kau tahu, walaupun aku tersenyum, sebalik wajah aku menangis. kalau lah kau tahu, semua ini. dan kalau lah aku tahu, aku sebenarnya tiada dalam hati kau selama ini. kalau lah aku tahu semua itu. kalau lah aku boleh berhenti menangis. kalau lah setiap bait yang aku tulis aku tidak menangis. kalaulah aku masih aku yang dulu.

 -syirah-

No comments:

This Blog is Protected. Copyright 2012 © Design By Miss Syirah