terhenti namun masa tetap berputar

assalamualaikum.
lama sudah tidak menjengah ke blog. busy. sangat busy. :)
hari ni aku tergerak untuk menulis. aku bukan seorang yang pandai meluah perasaan.
tak pandai nak ekspresikan perasaan yang sebenar. dengan tulisan sahaja aku dapat meluahkan perasaan? mungkin. lagi pun blog aku bukan dapat attention dari pembaca. so aku rasa more safety untuk aku menulis di blog ini. tiada yang kenal siapa aku.
hati aku tetap terhenti. terhenti untuk berharap. terhenti dan tertutup untuk menerima orang lain didalam kehidupan aku. masih sakit mungkin? aku tak faham dengan apa yang "dia" fikirkan. ya, bagi aku hubungan ini sudah terputus untuk jangka masa  3 tahun. dan, dalam masa 3 tahun, aku masih disini. berbicara, memikirkan sesuatu yang tidak pasti. 3 tahun itu bagi aku adalah satu jangka masa dan tempoh yang panjang. pelbagai perkara akan berlaku. "dia" yang datang dan sekejap menghilang, buatkan hati rasa menangis. rasa seolah dipermainkan. dalam fikiranku dia mungkin sudah berkahwin. mungkin. masakan tidak. "dia" hanya boleh berhubung dgn aku sewaktu "dia" di tempat kerja. malam dan juga public holiday, hp akan dimatikan. perasaan was-was itu timbul. sekiranya sudah dimiliki, usah la datang kembali. ia seolah-olah memberikan aku harapan. dan kemudiannya memusnahkan ia kembali. langkah masih terhenti. ingin meneruskan perjalanan hidup, tetapi seolah-olah ada satu gengaman yang menahan kaki ini daripada terus melangkah. jauh disudut hati, kalau lah aku tidak pernah mengenali siapa "dia" dan apa itu cinta daripada "dia". hidup aku mungkin tidak akan seteruk ini. bila berbicara mengenai soal cinta, aku memang seorang yang lemah. diluar sahaja nampak ketegasan, tetapi tidak didalam dunia realitinya. kalau lah "dia" terbaca apa yang aku tulis. tetapi tak aku rasa "dia" akan meluangkan masa untuk membaca perkara-perkara bodoh seperti ini. aku cuma nak "dia" tahu. yang aku memohon maaf sejuta kali dan sejujurnya dari hati aku kerana aku jatuh cinta dengan seseorang seperti "dia". aku mohon maaf kerana aku tak dapat lupakan "dia". aku mohon maaf kerana hati aku masih disini.

-syirah-

No comments:

This Blog is Protected. Copyright 2012 © Design By Miss Syirah