assalamualaikum.
1.28 am. hari jumaat sudah. hari isnin hadapan dah praktikal.
bermulah la kehidupan 8am-5pm. macam tak nampak dunia luar.
#eh nampak sebenarnya if nak bandingkan kerja dalam shopping. kuikuikui...
rasa hati memang nak celebrate. iyalah. dah habis belajar. cuma praktikal ini je yang tinggal. peluang kali kedua yang saya bagi dulu, ada juga kami berbincang supaya dia datang masa saya graduate nanti. mungkin tidak masa diploma dulu, tetapi ia untuk degree ini. tetapi lagi sekali dia musnahkan harapan saya. sedih? bohong kalau saya cakap saya tak sedih.
dah 5 tahun perkenalan kami. break masa saya final diploma. dan dia datang balik masa saya degree. akhir semester 4. dan dia ulang perkara yang sama, break masa saya di tahun akhir. perancangan mungkin? atau secara kebetulan. biarlah orang nak kata apa. saya ni bodoh? lembab? dan seangkatan dengannya. saya tetap terima. mungkin saya setia? setia ke saya? setelah apa yang dia buat saya tetap menaruh harapan. sayang mungkin? walaupun saya tahu baru-baru nie. tidak. sebenarnya sewaktu dia cari saya balik, dia sudah pun mempunyai isteri. sudah berkahwin. whats! saya mencintai suami orang. tetapi kenapa? kenapa dan kenapa? even dia dah bernikah tetapi masih mencari saya dan memberikan saya harapan? sewaktu saya dah mula lupakan dia. saya dah mula untuk berjalan dan hidup sendiri tanpa dia. kadang-kadang saya tertanya, apa salah saya terhadap dia. sampai sanggup melukakan hati saya sampai macam nie sekali. walaupun saya seolah dipermainkan. saya masih. masih setia dengan dia.
kalaulah saya tak pernah mengenali dia. kalaulah. mungkin hati saya tak akan luka seteruk dan separah ini.

No comments:

This Blog is Protected. Copyright 2012 © Design By Miss Syirah