::pasport::

tengah hari tadi saya pergi imigresen. buat pasport. hujung bulan 9 nanti saya ada trip ke padang indonesia. untung juga ambil course international business. buat trip pun nak international je. hehe... tapi, this time. trip yang dibuat oleh batch kami pergi tempat yang dekat sahaja dengan Malaysia. batch before this, ada yang pergi beijing, guangzhou. dengar macam best. tapi pulus tu yang tak best. so this time, kami pergi dekat jela. tapi dekat-dekat pun ni kali pertama saya keluar dari Malaysia dan kali pertama naik kapal terbang. -.-' kesian dekat saya.

tadi masa buat pasport. lama jangan cakap la. lagi-lagi saya pergi jam 12 tengah hari. tetapi nasib baik saya dah isi borang dari rumah. cuma tinggal ambil gambar je. tadi masa TUNGGU giliran. lamanya la hai! kaunter satu je beroperasi untuk hantar borang. tapi bila nak dekat jam 2, baru la nombor saya dipanggil. tu pun apabila ada pekerja yang baru masuk. cepat sikit. bila dah hantar borang, kena TUNGGU lagi nak bayar. bila dah bayar kena TUNGGU lagi 1jam untuk pasport siap. -.- macam tu la payah nak buat pasport ni. lagi yang paling tak best! ada sesetengah daripada orang yang nak buat pasport ni, bila sampai kaunter baru nak isi borang. kita lagi nak cepat, dia lagi dok terhegeh-hegeh. -.-

pasport ni dulu nak buat kemain mahal. tapi alhamdulilah, harga dah turun sekarang ni kan. tak silap sejak 3 tahun lalu.

:: 2 tahun bersamaan RM100
:: 5 tahun bersamaan RM300

kalau sesiapa yang nak buat pasport boleh la muat turun borang di sini. BORANG PASPORT.
mesti print out depan belakang diatas kertas bersaiz A4.
bagi yang nak buat pasport ni, kena la sediakan Mykad, gambar pasport 2 keping dan DUIT. :)

setelah 3 jam lebih menunggu. eh tak. sebenarnya sementara nak tunggu pasport siap. saya pergi jalan-jalan kat mydin. Mujur lah jabatan imigresen melaka ni dekat dengan MITC! kalau tak mati kuman. ~_~

ni la hasilnya. :)

No comments:

This Blog is Protected. Copyright 2012 © Design By Miss Syirah