kemalangan di persimpangan beri laluan ayer keroh.

lagi beberapa hari lagi nak hari raya. tak sabar rasanya! :) tapi hari raya tahun ni tak macam tahun sebelum-sebelum ni. Arwah nenek baru 2 bulan pergi menghadap yang esa. ;'( same goes to my cousin daughter. meninggal around bulan 5 hari tu. baru berusia setahun lebih. sakit buah pinggang. Allah lebih sayangkan dia. bercakap tentang kemalangan. tadi punya la gembira-gembira pergi shopping dengan bff dekat jusco eon melaka. balik around 11pm la. masa tiba dekat simpang empat ayer keroh, yang berdekatan dengan hospital pantai. masa tu lampu merah. ternampak la satu lori besar ni. besar sangat.... lori yang panjang tu. saya pun tak tahu ape nama lori tu. tapi tak silap lori yang 10 tayar kot. KOT la. tersadai dekat simpang beri laluan dari arah bertentangan. ingatkan pada mulanya, lori tu tak lepas ke nak lalu jalan beri laluan tu. tapi bila ternampakkan ambulance, bomba, polis. sah la ni kemalangan. bila lampu hijau je. memang saya slow je la bawak kereta. nak tengok jugak la kemalanga antara apa. sekali tengok motor. berderau darah ni. darah dah banyak kat atas jalan. dalam fikiran ada dua. antara hidup atau mati.

herm. lagi raya nak dekat. lagi banyak kemalangan yang berlaku. yang paling bahaya bagi pembawa motor ni. dia cilok sana. dia cilok sana. bila dah berdentum dengan kereta. tu dia. kereta juga dipersalahkan. ish2.. tak baik betul... :) tapi apa-apa pun semasa di jalan raya, tak kiralah kamu memandu apa sekalipun. keselematan tu perlu diutamakan. nyawa perlu dijaga. bukan ke ia termasuk didalam asas maqasid syariah. Memelihara agama (Hifzu ad-Deen), Memelihara nyawa (Hifzu al-Hayah), Memelihara akal (Hifzu al-Aqli),  Memelihara keturunan (Hifzu an-Nasab), Memelihara harta (Hifzu al-Mal)


nota alas kaki: besok harus tengok berita tv3. nak tahu siapa yang terlibat dalam kemalangan tu, dan bagaimana berlaku. hati-hati memandu dimusim perayaan yang bakal menjelang tiba tak lama lagi.

No comments:

This Blog is Protected. Copyright 2012 © Design By Miss Syirah