::biarkan Tuhan mengatur perjalan cinta::

apabila perhubungan kita terputus ditengah jalan. apabila perhubungan yang selama ini kita impikan untuk sampai ke jinjang pelamin akhirnya musnah didalam sedar dan meletakan diri kita di satu dunia yang separa normal. itu amat sakit. bertambah sakit apabila, perhubungan kali kedua dengan orang yang sama temui jalan buntu, walaupun sudah berusaha sedaya upaya. terkadang kita terleka untuk mendapatkan seboleh kehendak hati kita. tanpa memikirkan kesan disebaliknya. mungkin aja si dia itu, bukan lah yang terbaik yang Allah temukan. tetapi kenapa kita masih lagi mahu mengejar cinta itu. walaupun terkadang air mata ini tidak lagi mampu untuk menitis.
saya kadang kala terlalu leka mengejar cinta itu. sehingga meletakkan diri saya ke satu tempat yang menyakitkan.  mungkin aja betul kata orang, cinta itu buta.

disebabkan rasa sakit itu saya sudah malas untuk mencari cinta itu. biarkan lah ia luput terus dari ingatan, biarlah ia mati terus di hati ini. mungkin juga seringkali saya berharap perjalanan cinta saya seindah cerita cinderella, seromantis beauty & the beast. tetapi perjalanan cerita cinta itu telah direka oleh manusia itu sendiri. berpijak di bumi nyata. di alam realiti bukan lagi fantasi.

saya hanya berharap perjalan cinta yang Allah aturkan untuk saya seindah percintaan saidina Ali dan Fatimah. :) biarkan Allah mengaturkan segalanya. saya hanya menurut ketentuannya. :)

No comments:

This Blog is Protected. Copyright 2012 © Design By Miss Syirah