::hari raya::

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN

suasana berhari raya di kampung dan di kawasan taman perumahan amat berbeza. termasuk tahun ni dah 3 tahun tak balik ke kampung untuk beraya. maksud saya balik pada malam raya. sejak papa jadi bilal di masjid. banyak perkara yang perlu diuruskan, dan sudah tentu takbir raya dirumah. :) tahun ni, nenek sebelah papa dah tak ada. meninggal pada bulan 8.6.2012. kemeriahan seperti tahun-tahun sebelum ini hilang. secara tiba-tiba. apabila saudara-mara semua tidak mahu berkumpul mengikut tradisi keluarga yang diamalkan sebelum ini. berkumpul di pagi hari raya dan buat kenduri sedikit sesama adik-beradik. semuanya sibuk dengan agenda masing-masing. selepas solat sunat aidilfitri pagi tadi, saya terus ke rumah Dato.... errr. lupa la nama Dato apa. hehe... -.-' buat open house. rumah besar. siap ada surau lagi. cantik reka bentuknya. terasa seperti berada di alam fantasi cerita aladin. hehe... alhamdulilah. lepas kempunan nak makan lemang. sedap. lemang ni kadang-kadang ada yang terkeras, terlembik. yang ni perfect! :) dalam jam 10.30++ pergi la ke kubur kejap. sebak rasa hati. :'( lebih-lebih di kubur arwah pakteh. saya sayang pakteh saya sangat-sangat. sebab dia pun sayang saya sangat-sangat juga! :) manja dari kecil. duit raya tak pernah miss! :) 

duit raya tahun ni? tak ada. hukhuk.. yela umur dah 22 kan..kan.. tak layak nak dapat duit raya dah. tapii... tapiii... makcik pakcik. saya tak kerja lagi. jadi saya layak dapat duit raya lagi tahun ni!!! huwaaa!!! -.-'

hari raya pertama, my bff datang rumah! macam bidan terjun. nasib semua makanan masih ada lagi. :) Azeza! she is the 1 i love most! :) 

Btw, rasanya belum terlambat nak ucap selamat hari raya!!! maaf zahir dan batin. jangan makan banyak-banyak... nanti perut boom! :D

No comments:

This Blog is Protected. Copyright 2012 © Design By Miss Syirah