2.35pm

mungkin aku harus melangkah. ya. seharusnya begitu daripada mulanya. aku terpaksa. mungkin satu saat nanti aku dapat mencari diri aku semula. diri aku yang sudah hilang terlalu lama. mungkin sudah tiba saatnya untuk aku berhenti mengejar sesuatu yang bukan hak untuk aku miliki. hak untuk menyanyangi. hak untuk mencintai. hak untuk setia. semua itu bukan milik aku lagi. aku bukan lah wanita yang ditatapnya setiap pagi. aku bukan lah wanita yang terakhir dilihatnya ketika tidur. itu semua bukan aku. tiada lagi ruang untuk aku. maafkan aku untuk segala kesilapan lalu ku. maafkan segala perbuatan ku. maafkan segala ketelanjuran kata-kata ku. cukuplah aku menjadi yang pertama didalam hidupmu. aku masih gembira, walau aku bukan yang terakhir didalam hidupmu. cinta mu sekarang terhadapku, bukanlah ikhlas datangnya dari dalam hatimu. mungkin sahaja rasa simpati itu yang timbul di atas rasa bersalah mu terhadapku.  aku terpaksa berundur. wahai hawa. cintai dirinya. sayangi dirinya. setialah terhadapnya, seperti mana aku. tidak banyak yang aku pinta. kerana engkau lebih tahu akan dirinya daripada ku. mungkin sahaja bila kamu membaca ini, kamu akan tersenyum. mungkin sahaja kalau ada dendam yang tersisa di hati, jiwa mu puas. namun aku masih okay dengan segala yang berlaku. maafkan aku kerana aku menyepi. tiada rasa. tiada kata. tiada lagi rayuan yang ingin aku ungkapkan. kamu sudah kehilangan ku, sejak akadmu bersamanya. lafaz taklik yang kamu baca, bukan untuk ku. seorang lelaki yang benar-benar mencintai seorang perempuan tidak akan pernah membiarkan perempuan itu terus menunggu. ya kamu mencintainya bukan aku. kerana kamu telah memilih aku untuk terus menunggu. biar aku mengesat air mata aku sendiri. biar aku mengumpul kekuatan aku kembali. mungkin sudah tiba masanya untuk aku pergi. andai satu saat kamu membaca ini. sayangilah hawa sepenuh hati mu. jangan sesekali kamu mengecewakannya seperti aku. kesat lah air matannya, saat dia menangis, hiburkanlah hatinya semasa dia berduka lara, letakkanlah senyuman dibibirnya saat dia bersedih. 13.4.2014.

-syirah-

No comments:

This Blog is Protected. Copyright 2012 © Design By Miss Syirah