::minggu pertama semester 5::

semester 5 ni, jadual tak semampat dulu. alhamdulilah. tak ada lah stress sangat. berbanding dengan semester 4, 8 subject. sangat keletihan. lagi-lagi berulang-alik dari UiTM ke rumah. 15 minit je pun. kalau sesak. balik rumah je tumbang atas tilam. @_@ semasa class dr Arsyad. sebaris ayat yang diucapkan sangat memberikan satu rasa didalam hati. "pelajar IB ni selalunya pandai2" :) tersenyum lebar. saya ni pandai ke? hehehe... perasan sekejap. berbunga-bunga hati ni. tetapi apabila difikirkan balik, ia memberikan satu bebanan yang sangat besar. terasa ada batu konkrit yang terletak di atas kepala. iya lah. kalau orang dah mengatakan pelajar ib most of them pandai, tidak ke kita yang in the current semester kena mempertahankan gelaran itu. gelaran yang diberikan melalui pemerhatian senior yang terdahulu. :) hari ni, ada 2 class je. dan dua-dua cancel. minggu pertama mungkin. lecturer masing-masing ada hal tersendiri. gamaknya kena la ganti kelas yang tertangguh. ayaiyai... oh yes! minggu ni saya juga dapat compliment from classmate. "syirah! awak dah kurus la. kurus sangat."
hahaha!! turun 10 kg je pun dengan sd2 ni. tak ada memberikan impak yang besar sangat pun kepada saya. now saya dah berhenti minum. tapi berat still maintain. alhamdulilah. hanya dalam 2 bulan. :)

#terasa gembira pulak this week. cuma tak gembira. duit tapem dah habis, bayar duit trip, yuran, dengan buku. hai. terasa nak kahwin pulak. ada suami jaga! hehe... :)

No comments:

This Blog is Protected. Copyright 2012 © Design By Miss Syirah