saat berganti saat, minit berganti minit, jam berganti jam, hari berganti hari, minggu berganti minggu, dan tahun berganti tahun. putaran masa itu pantas. tetapi aku masih di sini. di melaka. tak berganjak. orang sekeliling, sibuk mencari partner hidup. dalam facebook, tak payah nak kira. mungkin hari mengupload gambar kebahgiaan beramai-ramai. aku masih macam nie. kawan aku cakap aku tak ada life. bangun pagi, pergi kerja, petang balik kerja, malam layan tv. social life tak ada. umur 23 tapi aku tak sibuk nak pergi date, dan bla... bla... bla... malas mungkin. jodoh ada sekeliling aku. aku yang tak nak. tak ready mungkin? bukan tak pernah aku bercinta. tapi tak separah ini aku terluka. terus tawar. hanya kerana seorang manusia yang dulu aku fikirkan akan jadi suami aku. bla... bla... bla... biarlah beribu kali dia datang kembali, itu memerlukan aku berjuta kali berfikir untuk menerima dia balik. kunci hati aku, dah tak ada siapa yang boleh cari. mungkin memerlukan satu jangka masa yang panjang untuk menjumpai kunci tu. benar kata orang. kalau percaya, jangan letakan kepercayaan sepenuhnya. kalau mencintai jangan mencintai sepenuhnya. sebab kalau sekali terluka, susah untuk sembuh. sangat susah.

1 comment:

Jual Beli Rumah said...

"kawan aku cakap aku tak ada life"..

ayat yang sama aku dapat.. masa praktikal dulu... =(

This Blog is Protected. Copyright 2012 © Design By Miss Syirah