::sekali dimaafkan, tetapi tiada -2::

didalam perhubungan, apabila jalan cinta tak seindah mimpi sudah tentu ia akan menyebabkan perhubungan itu goyah. tetapi mungkin juga, pada perhubungan tahap pertama ini keduanya masih lagi tidak mempunyai pertimbangan akal yang jelas. itu menyebabkan masing-masing melangkah dari terus kekal didalam perhubungan yang dibina.

tetapi, apabila perhubungan pada kali pertama gagal dan si dia datang kembali untuk menjalinkan perhubungan untuk kali yang kedua, sudah tentu hati ini melonjak girang. rasa kemaafan yang ikhlas lahir dari hati, mengatasi kemarahan dan kekecewaan yang memuncak didalam hati. pada ketika ini, fikiran dan sifat kebudak-budakan pada masa dahulu cuba untuk dihapus. tidak mahu kesilapan yang sama berlaku.

pada ketika rasa sayang itu mula untuk mekar kembali, kesilapan dulu itu diulang kembali. kalau jujur, kalau ikhlas sudah tentu semuanya akan berjalan lancar. pada ketika umur sudah menganjak, tiada lain. perhubungan yang serius itu yang dicari. sekiranya, perhubungan yang tiada pengakhiran, sudah tentu ia akan menjadi susah pada kemudian hari. pada saat kewangan si lelaki sudah stabil, tetapi masih tidak mahu terikat. masih mencari kebebasan yang memang tiada penghujung. dalam sedar ada hati yang terguris. sayang. peluang yang diberi tidak diguna sebaik mungkin untuk memperbaiki hubungan, sebaliknya ia diguna sebaik mungkin untuk mengecewakan hati secara total.

No comments:

This Blog is Protected. Copyright 2012 © Design By Miss Syirah