pavlova recipe

rasanya lama baru nak update tentang resepi ni. busy sikit. nak tengok blog, ada je benda yang nak kena buat. lagi-lagi dah nak raya. macam-macam harus dipersiapkan. rumah dan diri. insyaAllah, si dia akan datang beraya di rumah untuk kali ke dua. =) pavlova ni takda la berapa nak jadi. sebab 1st time buat. :D tapi boleh la untuk dimakan. untuk buah-buahan. saya guna je apa yang ada dalam peti ais. kalau nak beli strawberry tu semua. macam membazir pulak. nak buat sikit je. =)

bahan-bahan:-

        A
4 biji putih telur
1cawan gula kastor
1 tbsp esen vanilla
1tbps cuka masakan
1tbps tepung jagung

       B
   (topping)
1 cawan non diary whipping cream
buah-buahan segar

cara-cara:
=>campurkan cuka, esen vanilla dan tepung jagung. kacaukan sehingga menjadi pes.

=>pukul telur sehingga berbuih. gunakan kelajuan rendah. pada masa ini boleh panaskan oven 150C.

=>tambahkan gula sedikit demi sedikit kedalam pukulan telur tadi. sehingga gula habis. sewaktu penambahan gula kedalam pukulan telur tadi, kelajuan mixer boleh di pertingkatkan sedikit demi sedikit sehingga ke tahap\ maksimum.

=>pukul bancuhan ini sehingga bertanduk. bermaksud, adunan tidak akan jatuh apabila diterbalikkan mangkuk bancuhan.

=>masukan adunan kedalam piping bag. kalau tak ada, gunakan sahaja beg plastik kecil yang berwarna putih. masukan adunan dan gunting hujungnya.

=>selepas itu picit bancuhan tadi ke atas kertas minyak yang diletakkan didalam dulang pembakar. buatkan bentuk bulatan. setelah itu, ianya siap untuk dibakar. anggaran selama 1jam++. sehingga meringue kita benar-benar masak.

=>untuk toppping. putarkan whipping cream sehingga naik. dan hiaskan diatas meringue kita tadi apabila sudah masak dan dibiarkan sejuk untuk seketika. hiaskan juga dengan buah-buahan.



nie hasil air tangan saya. hasil air tangan anda pula? :)

No comments:

This Blog is Protected. Copyright 2012 © Design By Miss Syirah