pasangan idaman itu ada, tetapi pasangan kenyataan itu realitinya

bangun pagi membelek hp. masuk bilik membelek hp. balik dari luar juga akan tetap membelek hp itu. harapan hati ianya akan berbunyi beep. tetapi hampa. rasa jiwa ini. mungkin kesilapan untuk kali pertama boleh dimaafi. tetapi tidak untuk kali kedua. yahoo messenger sentiasa terpasang dengan status invisible. facebook juga terpasang. saya melihat kaku. perasaan ini melayang. merenung, mencari jawapan kata hati. hati ini sakit. sakit yang teramat sehinggakan kadangkala sukar untuk bernafas. mama bagaikan tahu permasalahan yang bermain diminda puterinya ini. mungkin aja dia takut sekiranya puterinya ini jatuh sakit sekali lagi. mungkin aja... pasangan itu. memang sudah berada dihati. tiada dapat mengganti. tetapi mungkin aja apa yang kita inginkan tidak baik dipandangan Allah. maka sukar untuk dua hati bersatu. hati saya menangis. tetapi saya tahu, Allah tidak akan pernah membiarkan sesuatu perkara itu terjadi, sekiranya hambaNya tidak mempunyai kekuatan untuk menempuhnya. saya berusaha. berusaha untuk menyembuhkan hati ini kembali dengan segala kekuatan daripadaNya.

No comments:

This Blog is Protected. Copyright 2012 © Design By Miss Syirah